CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Wednesday, June 4, 2008

Dr. M attacked


Dr. M attacked

PROSECUTION ENDS CASE AGAINST NIK SAPEIA
menganas lagi,menarik cerita ini,tetapi saya tak berapa berani untuk memberi apa-apa komen mengenai artikel ini yang saya petik dari bernama,saya pun sebenarnya tidak tahu apa sebanarnya carita ini tetapi saya cadangkan keta semua tidak perlu lah memutuska apa-apa,biarkan mahkamah yang menjalankan siasatan terhadap kes ini,mari kita sama-sama menbaca artikel dari bernama ini,

KOTA BAHARU, June 2 (Bernama) -- The prosecution closed its case today against businessman Datuk Nik Sapeia Nik Yusof for causing hurt to Tun Dr Mahathir Mohamad and three others at the Sultan Ismail Petra Airport in Pengkalan Chepa two years ago.

The hearing before Magistrate Azman Mustapha began in August 2006 and saw Deputy Public Prosecutor Raja Rozela Raja Toran assisted by Noor Ezwanee Mohamad producing 20 witnesses including Dr Mahathir and Pasir Mas Member of Parliament Datuk Ibrahim Ali.

Azman fixed tomorrow for the summing up before deciding whether to call Nik Sapeia to enter defence.

Nik Sapeia, 53, is charged under Section 324 of the Penal Code with injuring , Ibrahim, Mohd Nasir Muda and Suberi Sahidan by spraying a substance which posed a danger to the body when inhaled on July 28, 2006.

The offence carries a maximum jail term of three years and a fine.

Wednesday, May 28, 2008

Dr. Mahathir Mohamad Pengumuman Keluar Dari UMNO

ini lAH SATU pengumuman yang peling gempak sekali yang saya dengar selama saya menjadi rakyat malaysia'mari kita semua sama-sama membaca artikel ini

Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.

Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya); UMNO yang menggagalkan , memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia.

yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.

Kepimpinan Dato Seri Abdullah jelas membawa kekalahan dan bencana kepada Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP. di Sabah dan BN di Sarawak bukan kerana kepimpinan Dato Seri Abdullah.

Saya akan jelas satu persatu dasar-dasar dan tindakan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli parti komponen sendiri.

Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.

Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.

Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.

Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Mneteri Besar dan Polis.

Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.

perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup.

Yang didengar hanyalah media arus perdana yang memuji Dato Seri Abdullah sehingga dia percaya dia begitu popular dan akan sapu bersih parti lawan dalam pilihanraya umum ke-12.

Hasilnya ialah kekalahan yang teruk bagi Barisan Nasional. Malangnya mesej yang hendak disampaikan oleh pengundi dan penyokong BN tidak dapat difahami oleh Dato Seri Abdullah.

Dia masih berkata dia menang. Ini sukar diterima oleh orang Kedah, orang Pulau Pinang, orang Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Oleh kerana buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN, oleh kerana ahli UMNO pun turut bersama, oleh kerana proses demokrasi tidak berjalan, oleh kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuhkan 62 tahun dahulu, saya berpendapat penyertaan saya sebagai ahli UMNO tidak bermakna dan tidak berguna lagi.

Justeru itu saya ingin umumkan bahawa saya sudah keluar daripada UMNO.

Saya ingin tegaskan bahawa saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan.

Saya akan pohon untuk masuk UMNO apabila sudah berhenti daripada menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia.

(bekas ahli UMNO No 1)
Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali (bekas ahli UMNO No 2)